Khamis, 30 Julai 2009

Selepas 1 Minggu....

Jumaat yg indah 24 Julai 2009 lebih kurang pkl 10.30pg aku bertolak ke Kota Bharu untuk berkursus...perjalanan membosankan juga...maklumlah drive sorang2...Aku singgah di Gua Musang jumpa member lama. Sempat makan tengahari kat sana. Borak2 dan solat aku bertolak dari gua musang jam 4.45ptg. Alhamdulillah...sampai juga di rumah sahabat yg sekian lama tak kutemui..

26 Julai akhirnya aku mendaftar...huh..hari ni jadi student balik..seronok gak..lepas sekejap dari memikirkan kerja2 di sekolah. Aku sampai lebih kurang pkl 9pg...Masa tu ada 8 org yg dah mendaftar masuk aku 9 org...Sampai2 jer lecturer tu bgtau kita tunggu lagi lah kalau cukup 10 org baru boleh buka kelas.....Alamak...kalau tak cukup macamana?? kena balik KL semula ke???
Akhirnya pkl 10.30 pg jumlah kami 12 org.....yes!!!

Hari pertama mcm biasalah...taklimat, taklimat dan taklimat....kami bersurai lebih kurang pukul 1.15tghari.... Esok masuk kelas 7.45pg...emmm agak2 boleh sampai ke ni??? jarak ke maktab lebih kurang 40km.....

Hari kedua sekadar borak2 dan berkenalan jer....bosan gak.....sampai 1.15tgh kami balik.....

Hari ketiga.....aku keluar rumah seawal 6.50pg....separuh jalan tetiba jam....Adoi....mcm kat KL jugak ni....alamatnya aku sampai lewat......rupanye accident.....no wonder la jam....unser vs wira aeroback....tgk keadaan wira tu teruk...tp tak heran kalau aku tgk cara pemandu2 kat sini drive.....
Sampai2 kat kelas member2 duk borak2 juga.......
Rabu....
Lecturer dah masuk kelas......Fuh...dapat 1 assigment....Ahli kelas makin hari makin bertambah...hingga hari khamis jumlah kami dah 19 0rg.....ramai juga yg berminat ttg ilmu pendidikan khas ni "rupanye....." Tp yg ramainye guru2 yg mengajar di luar kelantan atau luar kota bharu....tp tinggal di kota bharu....Adakah kerana minat atau..sb nak balik kampung???? hanya mereka yg boleh menjawab....

Akhirnya sedar tak sedar dah seminggu aku menghabiskan waktu di tempat baru....budu dan tempoyak dah makan tapi nasi kerabu belum berkesempatan.....Doakan aku untuk 13 minggu lagi......

Selasa, 21 Julai 2009

Nak Pergi ke X nak nie....

Tup2 tinggal 2 hari lagi aku kena bertolak ke tempat kursus...Aduh...x tahu nak gambarkan perasaan nie.. kekadang rasa seronok, kekadang rasa sedih, kekadang rasa malas, kekadang rasa berat hati......Macam mana nie???? Bila ingat nak tinggalkan sekolah dan segala kerja2 yang kadang2 membosankan bertapa seronoknye hati...dapat jumpa member2 lama...kot2 dapat jumpa jodoh kat sana mana tahu kan???hehehe....tup2 jumpa ex bf..plak sedih plak nanti..hahahha buat pe nak kenangkan perkara lepas betul tak??

Tapi yang buat aku rasa malas dan berat nak pergi adalah kerana terpaksa driving sorang2 jauh plak tuuu....adoi!!! kepenatannye dapat ku rasa walaupun blum lagi pergi...pas tu nak tumpang duk umah member kat sana plak..mesti tak selesa maklumlah duk umah org la katakan kalau umah sendiri tu lain cerita...

Yang lagi tak syok...tak lama lagi bulan Ramadhan...argghhh..puasa kat tempat orang..sedih nye...tak dapat buka dengan family...seumur hidupku belum pernah lagi berpuasa berjauhan dari family....tp yg best kat negeri tempat aku kursus nie makanan sedap2.......

Lagi penat bila aku pikir nak balik bila cuti 2/3 hari.....kena naik bas...perjalanan 6/7jam....letihnye....kalau tak balik boring plak....tp tak tahu la kalau dah sampai sana nanti weekend jer penuh dengan agenda kot....hehehe

Emmm..tp apa2 pun aku kena kuat semangat.....yang penting nawaitu nak pergi sana tu nak tambah ilmu....walaupun belum pasti ilmu tu boleh apply ataupun tak kat student aku.....

Jumaat, 12 Jun 2009

JODOH

Hari ni aku keluar jumpa kawan2 kat klcc. Kul 3ptg seperti dijanjikan aku, warda, cik yu and cik ton. Seronok borak2, kongsi cerita. Cik Yu dapat transfer ke Dungun, Terangganu ikut hubby. Cik Ton biasalah bahagia dgn hubby zul. Aku dan warda emmm..biasa la.. kami still macam dulu...

Lebih kurang pukul 6.30ptg we all ambil jalan masing2. Warda offer nak hantar aku balik. Aku ok jer. Tq warda....
Bila dgn warda biasa la tetiba keluar topik kami yg masih single ni...

Tetiba aku teringat peristiwa 5 hari lepas masa balik kampung. Jumpa makcik (mak tua), biasa la ayat nye.."Kamu ni bila lagi..? Jangan memilih sangat....Aku tak nak esok org kata keluarga kita ni ada BADI....Anak aku sorg, anak Mina(mak aku) sorg, anak Pinah(mak cik aku jugak) sorg. Esok2 di jaja dek org keturunan kita....

Terfikir aku....kenapa masih ada yg berfikir begitu. Dalam resah memikirkan persoalan jodoh ada pulak sahabat yg sudi kirimkan email tentang apa yg aku sedang pikirkan. Aku suka artikel ni....bila baca sekurang2nye dapatlah merawat hati sendiri....

Siapa yang tak mahu kahwin..tapi kenapa belum kahwin2 lagi tu hanya diri sendiri yang ada jawapannye.....

Baca lah artikel ni untuk kita kongsi bersama. Semoga sahabat2 memdapat sedikit inspirasi dan kekuatan....

JODOH...renungknlh sedlm2nya..

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya....
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.***** Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "Seorang teman pernah berpesan.."Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." ""Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
INSYAALLAH......Semoga menemui MR. RIGHT andai sampai masanya aku telah benar2 BERSEDIA.....Amin.....

Khamis, 11 Jun 2009

Buat Yang Tercinta - Ebby Saiful

Resah..Ku dalam kesepian
Kini kerinduan
Dirimu,
di mana gerangan
Senyumanmu sinar matamu
Hadir di dalam impian
Sunyi..Kini ku rasakan
Inginku titipkan
rinduku pada angin lalu
Ku nantikan dan ku nantikan
Saat kau datang padaku

* (Korus)
Ku bawa dikau dalam mimpiku
Hatiku memanggil namamu
Dengarkah dikau suara hatiku
Membisik ku rindu padamu

**Dikau..Yang sangat ku sayang,
kini berjauhan
Bilakah masanya bersua
Inginku curahkan segalanya
Buat dikau yang tercinta

Ulang * dan **Buat dikau yang tercinta (2x)


Best lagu ni.....ditujukan khas untuk sesorang...paham2 jer la yer....

Ahad, 10 Mei 2009

Buat Ma ku Yang Tercinta




Lagu Ini Aku Tujukan Khas Buat Bondaku Raminah bt Teh Hamid
Ma...terima kasih kerana melahirkan aku...
Pengorbanan mu tiada nilainya.....



Selasa, 5 Mei 2009

Sesekali Kebosanan


Emmm....lama tak dah tak tengok blog ni....boring..boring...boring...diam tak diam dah masuk 9 tahun aku kat sini...dari muda dah masuk pertengahan usia...(tua blom lagi la...:p), dari kurus dan makin berisi...entah la...kerja pagi petang, siang, malam tetap DG41. Apa nak buat....


Kadang-kadang pikir rasa nak tukar keje tempat lain plak...mana eh? Rasa-rasa nak try pg Sabah or Sarawak pun ada...tp bila tanya pendapat kawan2 semua kata dulu muda2 masa awal posting nape tak nak pg...Tp bagi aku apa salahnye kalau nak pergi merantau sekarang ni pun...apa beza nye..?


Tp bila pikir-pikir balik emak dah tua jauh2 nanti sakit pening susah plak nak balik... tp zaman moden ni kalau setakat sabah s'wak tu 2 jam dah boleh sampai....Apa2 pun kena pikir panjang jugak nih...macam mana pun by 2010 aku mesti buat sesuatu.........

Isnin, 2 Februari 2009

great inspiring song



Reach
Some dreams live on in time forever
Those dreams, you want with all your heart
And I’ll do whatever it takes
Follow through with the promise I made
Put it all on the line
What I hoped for at last would be mine

If I could reach, higher
Just for one moment touch the sky
From that one moment in my life
I’m gonna be stronger
Know that I’ve tried my very best
I’d put my spirit to the test
If I could reach

Some days are meant to be remembered
Those days we rise above the stars
So I’ll go the distance this time
Seeing more the higher I climb
That the more I believe
All the more that this dream will be mine

If I could reach, higher
Just for one moment touch the sky
From that one moment in my life
I’m gonna be stronger
Know that I’ve tried my very best
I’d put my spirit to the test
If I could reach
If I could reach, higher
Just for one moment touch the sky
I’m goona be stronger
From that one moment in my life
I’m gonna be so much stronger yes I am
Know that I’ve tried my very best
I’d put my spirit to the test
If I could reach higher
If I could, if I couldIf I could reachReach,
I’d reach, I’d reachI’d reach’ I’d reach so much higher
Be stronger

Ahad, 1 Februari 2009

Buah Cempedak Luar Pagar....


Hari ni...baru nak belajar buat blog sendiri ha..ha... Hopefully jadi la yer... main redah jer ni maklum tak pernah attend kelas komputer..masa pun tak banyak nak mengadap komputer...maklum ler awal2 tahun ni bayak keje mesyuarat sana-sini, sukan dan macam event ler yang ada. Letih-letih....tapi dah tugas apa nak buat kena la laksanakan... konon nak jadi staf yang komited ler harap2 la kan...Komited untuk agama, bangsa dan negara...